TAMAN UDA RENOVATION
Project / Renovation
August 29, 2019
Project / Renovation
August 29, 2019
U B A H S U A I K E D I A M A N
Lokasi terletak di Taman Uda , Pengkalan Chepa Kelantan. Tugasan yang di berikan kepada kami adalah membuat pengubahsuaian pada bahagian fasad dan penambahan ruang.
..
Kondisi rumah jenis berkembar setingkat yang berusia hampir 30tahun ini masih dalam keadaan baik dengan keadaan struktur yang masih kukuh. Cuma bahagian yang perlu dia baiki adalah di bahagian bumbung kerana terdapat kebocoran serta menukar keseluruhan sistem pendawaian elektrik dan paip air.
.
Cabaran bagi tugasan kali ini kami perlu merekabentuk fasad baru pada rumah yang mempunyai pandangan hadapan yang sangat terhad. Kami perlu merencana satu rekabentuk yang sesuai untuk rumah ini supaya tidak di batasi kengkangan yang ada di tapak.
.
Sepertimana biasa kami akan berkerja dengan bajet yang telah di cadangkan oleh pihak pemilik. Setiap perubahan dan penambahan dari cadangan lukisan asal yang telah dipersetujui kontraknya akan kami maklumkan terlebih dahulu kepada pemilik bagi tujuan pengesahan. Jangan bimbang, kami akan cuba elakkan dari sebarang pertambahan kos.
.
Hubungi kami untuk sebarang khidmat rundingan dan pertanyaan berkaitan ubahsuai rumah.



